Kalau anak demam, hati ibu ayah mana yang tidak susah hati. Kasihan melihat si kecil merengek dan tidak aktif seperti biasa. Badan panas, hingus meleleh dan tekak sakit sebab batuk.
Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, ibu tentu biasa membuat rawatan sendiri di rumah dengan menggunakan cara tradisional atau semula jadi.
Ada macam-macam petua dan kaedah rawatan semula jadi menurunkan suhu badan anak yang panas semasa demam telah dikongsikan sebelum ini dan salah satu cara rawatan yang mendapat perhatian adalah menggunakan telur rebus.
Eh! Telur rebus pun boleh kurangkan panas badan anak yang demam. Biar betul? Caranya mudah sahaja. Tak salah mencuba selagi ia tidak memudaratkan. Rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.
1. Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.
2. Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.
3. Balut telur menggunakan napkin atau tuala bersih. Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.
4. Golek-golekkan telur di seluruh badan anak yang demam terutama di kawasan yang panas. Golek selembut mungkin bagi mengelakkan telur pecah. Berbual dengan anak untuk memastikan dia boleh duduk diam sambil berdoa dalam hati supaya diberikan kesembuhan segera kepada anak.
5. Apabila telur sudah suam, boleh keluarkan daripada kain lapik. Anda akan nampak telur sudah mula menggerutu. Abaikan keadaan telur dan teruskan menggolek sampai telur sejuk (lebih kurang setengah jam proses menggolek telur).
6. Ketepikan telur dan biarkan telur dalam masa 10 hingga 15 minit. Kemudian pecahkan telur putih dengan berhati-hati. Anda akan nampak kuning telur menggerutu.
7. Sekiranya panas badan anak belum reda, boleh ulang lagi langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makan lama makin kurang gerutunya. Anda boleh buat tiga kali rawatan dalam sehari.
InshaAllah dengan izin Allah SWT, selepas rawatan ini suhu badan anak akan normal kembali. Pastikan anda beri anak banyak minum air masak dan kerap mandikan dia.
Semoga bermanfaat untuk semua.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TELUR REBUS RAWAT DEMAM

7 CARA RAWAT DEMAM ANAK
1.Pastikan suhu sentiasa diperiksa. 36.5 adalah suhu normal. Sila berjumpa doctor dahulu untuk diagnose baby demam kerana apa, kemudian baru teruskan dengan rawatan semulajadi ye.
2.Mandikan baby dalam 5-10 minit dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sesudu besar Epsom Salt.
3. Buat lemon socks(Stokin Lemon). Perahkan lemon dalam mangkuk kecil. Campurkan air sedikit. Rendam sepasang socks(Stokin) dan pakaikan. Kering je rendam balik, dan pakaikan. Disebabkan anak masih sangat kecil, saya tak buat stokin bawang putih sebab ianya agak panas.
4. Ambil towel kecil dan rendam dalam air perahan lemon tadi. Jerlum sentiasa kepala anak.
5. Pakaikan baby dengan pakaian nipis ataupun belenggengkan je baby tu. Kipas ke air-cond tak perlu terlalu laju, kesian baby seram sejuk nanti.
6. Susukan baby sekerap mungkin. Pastikan baby sentiasa aktif.
7. Ibu yang menyusukan wajib ambil makanan yang sangat berkhasiat. makan Vitamin C, Olivenol, Garlic Complex, Virgin Coconut Oil, minum air honey lemon suam. Selain itu, dalam sebotol air masak 1 liter tu Zarith letak hirisan lemon dan minum sehingga lebih 3 liter.
2.Mandikan baby dalam 5-10 minit dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sesudu besar Epsom Salt.
3. Buat lemon socks(Stokin Lemon). Perahkan lemon dalam mangkuk kecil. Campurkan air sedikit. Rendam sepasang socks(Stokin) dan pakaikan. Kering je rendam balik, dan pakaikan. Disebabkan anak masih sangat kecil, saya tak buat stokin bawang putih sebab ianya agak panas.
5. Pakaikan baby dengan pakaian nipis ataupun belenggengkan je baby tu. Kipas ke air-cond tak perlu terlalu laju, kesian baby seram sejuk nanti.
6. Susukan baby sekerap mungkin. Pastikan baby sentiasa aktif.
7. Ibu yang menyusukan wajib ambil makanan yang sangat berkhasiat. makan Vitamin C, Olivenol, Garlic Complex, Virgin Coconut Oil, minum air honey lemon suam. Selain itu, dalam sebotol air masak 1 liter tu Zarith letak hirisan lemon dan minum sehingga lebih 3 liter.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan