Rabu, 31 Mei 2017

TENTANG KAMI

MYHERBS MARKETING (KT0376637-D)


LOGO RASMI SYARIKAT

MYHERBS MARKETING  ditubuhkan pada 15 Ogos 2015  dan Didaftarkan pada 27  September 2015

Syarikat ini ditubuhkan atas dasar perniagaan menjual barangan kosmetik dan ubatan tradisional serta minyak wangian dalam pelbagai aspek, di mana bidang utama syarikat MYHERBS MARKETING sekarang tertumpu dalam bidang pengeluaran produk jenama sendiri.

Dalam jangka masa yang sederhana, pihak kami akan memasuki pasaran baru dan berusaha untuk mendapatkan pelanggan dari semua tapisan dan peringkat tidak kira dari semua bangsa dan tidak mengira umur.Dengan peluang yang baru kami akan masuki pasaran dan diharap dapat mengukuhkan lagi syarikat kami di masa hadapan.

Malah kami juga akan mempelbagaikan lagi jenis perkhidmatan yang disediakan untuk para pelanggan kami yang sentiasa berubah cita rasa seiring dengan kehendak semasa. Dengan memenuhi permintaan pasaran, kami yakin ini akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat kami di pasaran tempatan

Berbekalkan usaha yang kami tekankan, syarikat MYHERBS MARKETING akan terus kukuh dan akan menjadi salah satu syarikat pengeluaran produk jenama sendiri yang berasaskan bahan utama seperti habattus sauda,zaffaron,madu,delima dan beberapa herba lain.
           Dikenali sebagai MYHERBS MARKETING sejak Tahun 2014,, mula aktif dalam perniagaan adalah secara atas talian (Online). Syarikat Myherbs Marketing telah di daftarkan di bawah SSM pada 27 September 2015.

         Syarikat ini telah di usahakan oleh Puan NOR ANITA BINTI GHAZI yang merupakan seorang OKU berdaftar ,Beliau di bantu oleh suaminya iaitu lebih dikenali sebagai En Mad,, namun segala urusan produk dan penjenamaan suaminya yang lebih arif Puan Anita hanya menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran syarikat dan lain-lain.

        Produk pertama keluaran Syarikat Myherbs Marketing ialah Myherbs Collagen Soap dan My Teh O (Teh Rerama PLUS), Langkah demi langkah kami telah mengeluarkan sebanyak 8Produk sehingga MEI 2017. Antaranya;

  • BUTTERFLY JUICE
  • BUTTERFLY COFFEE
  • KOPI DAUN RERAMA
  • MY RED COFFEE
  • GOJI MY 4G
  • KOPI SUSU
  • MYHERBS COLLAGEN SOAP
  • MY TEH O (TEH RERAMA PLUS)


        Permulaannya kami beroperasi di Kuala Lipis Pahang, dan pada April 2017, syarikat kami telah membuka cawangan di Pasir Puteh,Kelantan. semoga perniagaan yang di jalankan oleh syarikat kami mendapat keredhan dari Allah S.W.T dan terus berkembang dan bersaing secara positif dengan syarikat - syarikat besar yang lain..InsyaAllah.

       Semoga Allah membantu kami mencapai apa yang kami usahakan,, agar pihak kami dapat membantu pihak-pihak atau golongan yang kurang berkemampuan...

Jom sama-sama sokong perniagaan Bumiputera.

Terima Kasih kami ucapkan.

#minum2barulahsihat
#sihatceriakeluargabahagia
#minum2dapatduit


Ikhlas dari Pengurusan Myherbs Marketing
Puan Anita Ghazi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan